Monday, November 14, 2011

Vokal ke Rupa..??






















Untuk pertama kalinya, malam tadi aku tengok rancangan Vokal : Bukan Sekadar Rupa konsert 5 kat tv3... Tingin nak tengok mane rupa lar contestants yang bertanding tuh... Yeke takde rupa sgt... So saat yang ditunggu pun tiba... Keluarlah 1st contestant uat persembahan... Nama aku tak ingat tpi pada aku idok ler takde rupa... Agak manis gak... 

So aku pun menggagahkan diri meng'google syarat² pernyertaan rancangan... Dalam syarat² tu takde plak dikatakan "Mereka yang tiada rupa shj layak menyertai"... Maknanya rancangan ni open...

Apa yang aku nak katakan disini adalah sikap sebenarnya.... Aku salute derang yang gi ujibakat rancangan nih... Yelar igt senang ke nak pegi mengaku diri takde rupa... Bukan semua orang boleh buat macam tu... Setakat kuar status FB update cakap "mneder aku ni hensem/cun..biasa² jer", sape² pun boleh buat... Tapi untuk pegi tunjuk muka kat ujibakat tu bukan perkara mudah... Derang kena yakin dengan kemampuan vokal derang dan pada masa yang sama derang seolah² mengaku yang derang tu "takde rupa"... Serius aku salute sape yang pegi ujibakat....

Bukannya apa, aku ada la kenalan sorang ni memang agak berbakat dalam nyanyian... Bila aku tanya nape tak gi ujibakat dia jawap "ujibakat untuk derang yang takde rupa".... Dalam hati aku terdetik abistu kau ada rupa sangat ke..??.. Sebab macam aku cakap tadi rancangan ni OPEN untuk semua... Bukannya untuk "takde rupa" shj... Kalau kau cantik/hensem pastu vokal pun sedap ko tetap layak untuk menyertai ujibakat... Dan jangan nak bagi aku alasan "nak bagi peluang kat derang"... Adakah kome² sedar statement tu seolah² semacam menghina mereka² yg gi ujibakat... 

Hurm, kesimpulan yang aku nak simpulkan setelah membebel panjang ni, mereka² yang tak pergi atas alasan "Pertandingan Untuk Yang Tiada Rupa", "Biarlah Bagi Peluang Kat Mereka²" dan alasan² sewaktu dengannya, pada aku kome² ni sebenarnya PERASAN... Perasan yang diri kome tu CANTIK... Perasan yang diri kome tu HANDSOME... Bajet hot sangat... Siallahhh... Hahahhaa...

P/s : Aku vokal tak sedap... Siapa makan cili dia terasa pedasnya... Mohon ampun dan maaf sekiranya terasa..  =D

No comments: