Tuesday, February 21, 2012

Jenazah Latif Ibrahim dikebumikan hari ini






















Penyanyi dan pelakon era 1970-an, Abdul Latif Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Latif Ibrahim akan dikebumikan hari ini selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam AU3, Keramat di sini.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.06 petang semalam di Institu Jantung Negara (IJN) dekat sini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jantung.

Menurut petikan laporan mStar, adik Allahyarham, Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu, Allahyarham sepatutnya akan menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah bersama keluarga pada 13 Mac akan datang, tetapi hajatnya tidak kesampaian.

Selain daripada penyakit jantung, Allahyarham turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair.
Allahyarham pernah mencipta populariti dengan filem "Hapuslah Air Matamu" dan "Dendang Perantau" serta lagu "Nora", "Mengharap Kasihmu" dan "Mengenang Dikau Kembali". Malah Allahyarham pernah terlibat dengan pementasan teater "Terima Kasih Cinta" yang dipentaskan tahun lalu di Istana Budaya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan, 57 tahun, dan dua orang anak iaitu Mohd Hazriq, 35, dan Haznally, 34.

No comments: