Wednesday, February 8, 2012

Peterpan rancang konsert tribute






















Peterpan dijangka bakal kembali ke pentas untuk konsert Tribute To Peterpan buat peminat setia mereka yang masih menyokong dan dahagakan persembahan mereka.

Sebelum ini, pihak penganjur Nada Promotama merancang ingin membuat konsert di empat buah bandar sahaja. Namun memberitahu mereka mungkin akan menambah lagi beberapa lokasi.

Menurut Abe Aditya kepada Kapan Lagi, keputusan sebelum ini menamakan bandar Lampung (1 Februari), Banjarmasin (3 Februari), Bandung (8 Februari) dan Semarang (10 Februari) bukanlah keputusan muktamad kerana mereka masih pertimbangkan beberapa buah bandar lain di Indonesia.

Peterpan yang sudah lama mendiamkan diri selepas vokalis mereka, Ariel ditangkap dan dipenjara kerana video lucahnya dengan aktres Cut Tari dan Luna Maya tersebar di internet.

Walaupun ketiadaan Ariel untuk konsert tribute ini, empat ahli kumpulan lain, Lukman, Reza, Uki dan David akan meneruskan persembahan mereka bersama barisan pemuzik terkenal seperti Glenn Fredly, Astrid, Naga Lyla, Anji serta Fadly dari kumpulan Padi.

Ariel dikatakan bakal dibebaskan pada Oktober 2012.

No comments: