Hola..Salams..
Entri ni kali ni ekceli dapat idea dari Entri sebelum ini yang aku cerita pasal
Dalam aku tengah cari² idea tersembul lar idea Honey To The Moon yang berkait dengan entri sebelum ini...
Kali ni aku nak review antara tempat² best honeymoon untuk bakal pasangan pengantin baru yang insyaallah bakal melangsungkan perkahwinan dalam 2 bulan terakhir tahun 2011 ni...Tapi kalau pasangan yang dah lama berkahwin pun ape salahnya kalau nak take note jugakkan..hehee..
Apa²hal pun, kalau kome nak pergi HoneyMoon ni kome kenalah rancang beberapa
perkara seperti :-
- Bajet
- Destinasi
- Tempoh Masa HoneyMoon
- Tarikh Yang Sesuai
- Ejen Pelancongan
Bab Bajet adalah bab yang paling utama sekali kome kena rancang.. Maklumlah kenduri kome saja dah makan banyak belanja.. So tengok pada bajet semasa, kalau mampu bolehlah sampai ke luar negara, kalau bajet ngam² dalam Malaysia pun boleh juga kan.. Kalau dah settle bab bajet, bab yang lain² tu insyaallah selesai.. Dari perancangan bajet maka terancanglah segala² benda dengan aman dan sentosa (ayat apakah ini -_- )..
Destinasi(Malaysia)
Pulau Langkawi
Pulau Perhentian
Pulau Redang
Destinasi (Luar Negara)
Krabi, Thailand
Bali, Indonesia
Con Dao Island, Vietnam
Extra Tips Berbulan Madu
Pilih lokasi Hotel & servis layanan yang terbaik supaya waktu-waktu romantis kome taklah terganggu yang boleh mengundang rasa stress dan marah..
Pakaian - Bawa secukupnya dan kenakan dengan aktivi honeymoon kome.. Setengah couple nak honeymoon yang relax dan ada couple yang nak honeymoon yang yang ada aktiviti²... So sebaik sahaja dah plan destinasi, maka pakaian juga kena plan bebaik... Jangan kome pegi honeymoon yang ada snorkeling tapi baju mandi tak bawak sudah...
Kelengkapan seperti cermin mata hitam, sunblock cream, topi, ubat-ubatan jangan dilupakan... Sebaiknya sebelum ke destinasi, GOOGLE jer keadaan cuaca destinasi yang dituju... Ini lebih memudahkan kelengkapan yang kome nak bawak nanti..
Kalau honeymoon ke luar negara, jangan lupa bawak Passport & Pengenalan Diri anda... Sebaiknya kalau ada laporan perubatan dari pihak Doktor Malaysia lagi bagus in case jadi apa² yang tak di ingini takdelah susah payah doktor kat sana nanti..
Tapi kalau honeymoon dalam Malaysia, paling penting Sijil Perkahwinan/ Surat Nikah jangan lupa bawak pulak.. Nanti kena rush dengan Jabatan Agama kan ke payah nak explain bagai semua...
So aku raser cukuplah serba sikit tips destinasi dan extra tips untuk panduan kome... Selebihnya kome boleh jer tanya dengan Pakcik Google... Semua dia boleh jawap...
Till then, Selamat Berbulan Madu & Adios Amigos.. Salams..
Blog Best Malam Ini :
No comments:
Post a Comment