Tuesday, November 8, 2011
Doa Lisa Surihani dimakbulkan
Sudah pastinya kome especially yang LELAKI teruja baca tajuk Entri ni kan... Mesti korang rasa Lisa Surihani bersyukur kerana bakal menamatkan zaman bujang beliau... Takpun bersyukur sebab tak serasi ngan Yusry KRU...errr..ni siapa yang bersyukur.,..Lisa ke kome...hahaa...
Neway, nak tau apa yg Lisa bersyukur sangat baca jer isi Entri ni kat bawah nih.... =)
-------------------------------------
Aktres berusia 25 tahun ini sememangnya menyimpan angan-angan untuk mengunjungi Istanbul satu hari nanti untuk melihat pemandangan indah selepas diceritakan oleh temannya. Oleh itu apabila ditawar ke sana selama 30 hari oleh pengarah "Pisau Cukur", Bernard Chauly untuk penggambaran filem terbarunya, "Istanbul Aku Datang!", Lisa Surihani Mohamed terus bersetuju tanpa melihat skrip filem.
"Saya pernah berdoa untuk terlibat dalam penggambaran di luar negara. Oleh itu apabila produksi Red Films menghubungi saya dan menawarkan watak tersebut, saya terus menerimanya tanpa berfikir panjang," kata Lisa ketika ditemui di majlis tamat penggambaran filem di Kota Damansara baru-baru ini.
Memegang watak dengan nama yang sama dalam filem bercorak romantik komedi, Lisa turut bersyukur kerana pada mulanya watak itu telah ditawarkan kepada aktres Nur Fazura. Namun oleh kerana terikat dengan komitmen lain, rezeki telah berpihak kepada Lisa apabila watak tersebut ditawarkan kepadanya walaupun ianya berbeza dengan apa yang pernah dilakonkannya selama ini. "Watak Lisa cukup berbeza dengan watak yang saya pernah bawa selama ini. Bernard sendiri memberi tunjuk ajar agar tidak melakonkan watak tersebut, sebaliknya cuba menjadi Dian agar boleh menghayati watak tersebut dengan lebih baik."
Melalui filem ini, Lisa telah bergandingan dengan Beto Kusyairy dan juga dua penyanyi yang pertama kali melangkah ke dunia lakonan, Tomok dan Aizat. Lisa turut mengakui menghadapi kesukaran dan gugup apabila berlakon di samping dua lelaki yang sudah berkahwin iaitu Beto dan Tomok.
"Sukar untuk mendapatkan keserasian kerana bimbang perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Namun saya lega dan selesa apabila Beto membawa isterinya bersama ke Istanbul. Bagi Lisa, jika isteri sudah mengizinkan, barulah Lisa akan teruskan," ujar Lisa.
Diajukan tentang perkembangan terbaru bersama kekasih, Yusry Abdul Halim, Lisa mengakui bahawa mereka masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Masih awal lagi untuk menjangka hubungan kami tetapi kami sememangnya mempunyai perancangan untuk mempunyai ikatan yang lebih serius. Sebagai seorang wanita, saya tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menunggu," kata Lisa tersenyum dan berharap hubungan mereka akan berkekalan.
"Istanbul Aku Datang!" mengisahkan Lisa yang ingin membuktikan bahawa dia mampu menjadi isteri idaman kepada tunangnya, Tomok, seorang pelajar jurusan medik di Istanbul. Namun di sana dia telah bertemu Beto, seorang pelukis berperwatakan pelik tetapi artistik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment