Monday, December 5, 2011

Yuna Tidak Gentar


















Penyanyi dan penulis lirik, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna tidak meletakkan harapan tinggi kepada album terbarunya yang bakal dilancarkan di Amerika Syarikat tahun hadapan kerana sedar bahawa banyak persaingan hebat di situ.

Dipetik daripada laporan mStar, penyanyi lagu "Penakut" ini tidak bimbang sekiranya gagal kerana sekurang-kurangnya dia telah berusaha membina nama di peringkat antarabangsa.

"Sehingga kini saya masih tidak percaya kerana berpeluang mengembangkan bakat di sana dan bekerjasama dengan produser terkenal seperti Pharell Williams.

"Proses rakaman hampir selesai dan insyaAllah single pertama saya akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya sangat teruja," ujar Yuna yang turut memberitahu album pertamanya di Amerika Syarikat akan dilancarkan Mac tahun hadapan.

Gadis berusia 25 tahun ini juga sanggup berulang alik dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan industri tempatan yang banyak membantunya membina karier sebagai penyanyi berjaya.

1 comment:

Emma Hamzah said...

good luck buat YUNA..

http://cik-emma.blogspot.com/2011/12/segmen-gerak-gempur-akhir-tahun-2011.html