Dalam seminggu ni, aku dok perasan ada status yang berbunyi menegah untuk minum produk² Coca Cola, Pepsi, Tropicana Twister dan lain lain yang dikatakan dicemari virus HIV.... so aku pun menggodek la google mencari sumber² yang ada dan ni yg aku jumpa... Boleh la kome baca dan nilai sendiri....
Coca Cola, Pepsi, Tropicana Twister dan lain lain dicemari dengan virus HIV?
"Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang..."
Sejauh mana kebenaran surat berantai ini? Mengikut kata Naib Presiden Pemasaran Pemanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan berkata, ada individu yang tidak bertanggungjawab menghantar message ini tanpa usul periksa.
Message itu dipercayai di hantar oleh individu diluar negara pada bulan julai tahun ini, message ini yang kononnya ingin menakutkan rakyat dengan mengatakan seorang pekerja dari syarikat minuman terkenal ini telah mencampurkan darahnya yang dijangkiti HIV, message ini sendiri tidak dipercayai oleh rakyat negara itu dan dipercayai diungkit semula oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan menterjemah message berantai itu kepada Bahasa Melayu.Yang paling penting, HIV tidak boleh tersebar melalui pemakanan!
Message sebenar,
"the next few days, do not drink any prdct frm pepsi compny like Pepsi,Tropicana Juice,Slice,7up, Coca Cola,etc,as a worker frm the cmpny added his bloog cntaminatd wit HIV.watch NTV7.plz 4ward this 2 every1 u care abt."
No comments:
Post a Comment