Monday, December 5, 2011
Lelaki Indonesia Kuat Seks..??
Lelaki Indonesia berada di ranking tertinggi dalam kekerapan melakukan seks, menurut survey.
Survey yang dijalankan oleh Pfizer bertajuk "Ideal Sex" mendapati lelaki Indonesia mengadakan hubungan seks 9.8 kali setiap bulan secara purata. Filipina ditempat kedua dengan 9.4 kali sebulan dan India tempat ketiga dengan 8.8 kali sebulan.
Bagi lelaki Thai, mereka mengadakan hubungan seks 7.7 kali sebulan. Kaji selidik itu meliputi 1658 lelaki dan 1624 wanita di China, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand. Semua responden berusia di antara 31-74 tahun dan mempunyai hubungan seks dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Bagi responden wanita, wanita India dilaporkan mempunyai kekerapan berhubungan seks yang tertinggi dengan 8.7 kali sebulan secara purata. Wanita Indonesia dan Malaysia berkongsi tempat kedua dengan 6.8 kali sebulan. Wanita Thai ditempat ke-4 dengan 5.7 kali dalam sebulan.
Prof Dr. George Lee perunding pakar bedah urological di Monash University KL berkata kekerasan ereksi menjadi punca utama dalam kepuasan seks bagi orang Asia. Sebagai contoh, 90% lelaki Malaysia telah menyenaraikan faktor ini adalah penting. Hanya 1/3 daripada responden merasakan ketahanan berhubungan seks untuk tempoh yang lama adalah penting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment