Thursday, January 5, 2012

Pusat Pendidikan Ad-Deeniyyah




















Assalamualaikum wbt...

Setelah sekian lama aku tak update blog, hari ni akhirnya aku berjaya mengupdate blog aku yang telah bersarang bersawang dan sewaktu dengannya.... Kesibukan dengan kerja hakiki aku, kerja² photography aku akhirnya dah hampir selesai dan bolehlah kembali berblog...

Tadi aku dah start update blog dengan post 10 Jenis Kekejaman Wanita Terhadap Lelaki ... Kalau belum baca post tu pegi baca tu dulu... Sekarang aku nak BUMP request kawan aku untuk promote sebuah Pusat Pendidikan Islam...

Pusat Pendidikan Ad-Deeniyyah  pada asasnya ialah satu Pelan Tindakan Asuhan, Tarbiah dan Islah (Nurturing, Development and Regeneration Action Plan) untuk ummah dan insan agar dapat mengikut acuan sunnah, budaya dan tamadun kehidupan Rasul s.a.w dan sahabat r.a.

Tunggak budaya dan sunnah kehidupan Rasul s.a.w dan sahabat r.a ialah Misi Kerasulan (Prophetic Mission) di mana hamba-hamba Allah (iaitu para ‘abid) mengambil tanggungjawab (sebagai khalifah) dalam menyebarkan risalah agama (sebagai para daei’).

Untuk itu, asas Pelan Tindakan Ad-Deeniyyah adalah merupakan usaha mewarisi Misi Kerasulan (Prophetic Mission) dengan objektif membentuk ummat menjadi ‘Abid; hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaanNya dalam membawa peranan Khalifah.

Khalifah; bersifat mukallaf dalam berkhidmat kepada ummat dan pembimbing ummat dengan menjalan misi kerasulan iaitu daawah dan ilmu.

Daei; penyebar risalah nubuwah dan pengajak kebaikan berlandaskan ilmu kebenaran/Al-Hakim.
Al-Hakim; berusaha menjadi hukama’ dalam mengamalkan ilmu kehidupan dan dalam hal pandangan kehidupan (worldview).

Senang cerita kalau nak dapatkan info selanjutnya korang follow link ni >> Pusat Pendidikan Ad-Deeniyyah 


No comments: